Polis minta saksi langgar lari tampil - Utusan Malaysia

Polis minta saksi langgar lari tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan yang kemudian melarikan diri ketika melintas jalan di Jalan Puchong menghala ke Puchong Kinrara, Puchong, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam nahas pukul 2.30 petang itu, kenderaan terbabit sedang bergerak terus di laluan kiri jalan yang mempunyai tiga lorong.

“Hasil siasatan mendapati terdapat jejantas kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian dan ada tembok pembahagi jalan di lokasi kemalangan untuk mengelak pejalan kaki daripada melintas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, terdapat sedikit ruang bagi melepasi tembok pembahagi itu untuk ke seberang jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata, wanita terbabit, E. Sinthamani, 75, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 3.23 petang hari yang sama.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan setakat ini, belum ada saksi yang tampil untuk membantu siasatan.

“Oleh itu kita minta pemilik kenderaan terbabit dan saksi berhubung kejadian tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini