Polis Indonesia didakwa pukul penunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Polis Indonesia didakwa pukul penunjuk perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menggesa satu siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan polis Indonesia memukul penunjuk perasaan ketika rusuhan besar-besaran di negara ini pada 22 Mei lalu.

Amnesty mendakwa polis telah melakukan ‘pelanggaran hak asasi manusia serius’ termasuklah membunuh penunjuk perasaan.

Sekurang-kurangnya sembilan penunjuk perasaan terkorban dan beratus lagi cedera dalam rusuhan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan polis menjadi perhatian selepas beberapa video menunjukkan sekumpulan anggota polis memukul seorang penunjuk perasaan ketika dia terbaring di jalan raya.

“Amnesty International mendapati sekurang-kurangnya empat lelaki dipukul oleh polis ketika insiden berkenaan,” kata kenyataan kumpulan tersebut semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini