Polis belum terima panggilan penculik - Utusan Malaysia

Polis belum terima panggilan penculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Polis tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak termasuk kumpulan penculik.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, buat masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

“Buat masa ini, enam warga asing yang selamat serta dua warga tempatan iaitu pengendali serta pemilik bot ditahan bagi membantu siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, mungkin Pesuruhjaya Polis Sabah hari ini akan mengeluarkan kenyataan mengenai kes ini,” katanya selepas Majlis Penanugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan dan Komuniti, Datuk Rosli Ab Rahman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, 10 nelayan berkenaan dilaporkan diculik oleh kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf daripada dua bot nelayan di perairan Lahad Datu ketika dalam perjalanan menuju ke Semporna.

Mereka dipercayai dilarikan ke Pulau Sitangkai di Selatan Filipina, kira-kira 15 minit perjalanan dari perairan Tambisan, Lahad Datu.

Kesemua mangsa berumur 17 hingga 60 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan hanya memiliki Surat Lepa-Lepa sebagai pengenalan diri untuk mereka tinggal di negara ini.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini