Pogba lebih berminat kembali ke pangkuan Juventus - Utusan Malaysia

Pogba lebih berminat kembali ke pangkuan Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba lebih berminat kembali ke pangkuan Juventus berbanding perpindahan lumayan ke Real Madrid dalam usaha bintang antarabangsa Perancis itu mengintai peluang meninggalkan Old Trafford, musim panas ini.

Pogba menyuarakan keinginannya untuk mencari ‘cabaran baru’ sewaktu dia melakukan penampilan bersama jenama sukan, Adidas untuk tujuan komersial di Jepun, awal bulan ini, tetapi United tidak berniat untuk menjual pemain tengah itu.

Zinedine Zidane tidak berahsia tentang rasa kagumnya terhadap Pogba, tetapi Real Madrid perlu menjual pemain-pemainnya sebelum melancarkan bidaan bagi mendapatkan khidmat bintang United tersebut, selepas mereka berbelanja hampir 300 juta pound (RM1.57 bilion) pada musim panas ini untuk pembelian Eden Hazard dan Luka Jovic.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pogba mula menghentikan permintaannya untuk berpindah ekoran ketidakpastian mengenai pembeli dan sikap teragak-agak Real itu turut membuka pintu kepada bekas kelabnya, Juventus.

The Old Lady dikaitkan dengan Pogba sejak dia meninggalkan kelab itu bagi menyertai United pada 2016 dan pemain tersebut berasakan dia lebih gembira jika kembali ke Turin.

Menurut laporan AS, Pogba kini lebih berminat untuk kembali ke Juventus berbanding berpindah ke Real. Juventus telah menandatangani Cristiano Ronaldo, musim panas lalu dan kini sedang mencuba mendapatkan tandatangan Matthijs de Ligt dari Ajax dalam tempoh dua minggu lagi.

Pogba dikatakan tertarik dengan perkembangan terkini di Turin dan berasakan kembali ke Juventus adalah cadangan yang ideal.

Bagaimanapun, ia memerlukan satu usaha luar biasa bagi meyakinkan United untuk menjual Pogba pada musim panas ini. Bintang Perancis itu mungkin akan mengemukakan permohonan untuk meninggalkan United ataupun dia mengambil satu langkah ekstrem bagi memastikan permintaannya itu dipenuhi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini