PM tak akan biar Malaysia berantakan - Utusan Malaysia

PM tak akan biar Malaysia berantakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad bertekad tidak akan membiarkan negara dalam keadaan berantakan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri apabila tiba masanya nanti.

PUTRAJAYA, 20 Jun — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab pertanyaan wartawan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri hari ini.–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata, memang menjadi hasratnya untuk terus bekerja keras buat negara dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang pastinya saya tidak akan berlalu meninggalkan kepimpinan negara ini dalam keadaan berantakan, seperti yang dilakukan oleh kepimpinan sebelum ini. Jadi saya sedang bekerja keras untuk negara, sedaya upaya, dan diharapkan kita akan dapat membetulkan keadaan dan menyelesaikan semua masalah yang kita warisi (dari kerajaan sebelum ini),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi program ‘The Future of Malaysia and ASEAN’ di Sidang Kemuncak Perniagaan Asean Bloomberg ke-5 di Bangkok hari ini, yang dihoskan oleh ketua koresponden antarabangsa bagi Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin.

Menjawab satu soalan, Dr. Mahathir berkata, beliau akan berpegang teguh kepada janjinya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada Anwar sudah bersedia untuk memikul jawatan itu, Dr. Mahathir berkata: ‘Ia bukan soal sama ada beliau sudah bersedia atau tidak. Saya sudah berjanji, dan saya akan berpegang teguh kepada janji saya”.

Dr. Mahathir turut menyentuh soal kabinetnya, dengan berkata tidak ada sebarang rombakan jawatan setakat ini, dan beliau akan berbuat demikian hanya sekiranya ada keperluan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini