ALOR GAJAH – Seorang pesara dan anggota polis yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah menggunakan kad inden minyak milik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tertuduh, Zahari Daud, 59, dan Mior Mohd. Syamsul Jalaluddin, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap masing-masing empat dan 23 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di…










