PONTIAN – Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai mendesak supaya prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim diselesaikan segera selain tidak melibatkan sebarang campur tangan luar. Ketuanya, Syahrulzaman Ibrahim berkata, pihaknya melihat perkembangan kes tersebut seperti sengaja dilambatkan dan seolah-olah berlaku tarik tali antara pelbagai pihak. Keadaan tersebut katanya, sudah tentu memberikan ketidakadilan kepada keluarga Allahyarham yang menanti dan menuntut pembelaan atas kematian Muhammad Adib. Beliau berpendapat, ketika ini…










