PARIS – Sebanyak 4,000 sekolah rendah ditutup semasa gelombang haba luar biasa melanda di kebanyakan wilayah Perancis, menurut lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan daripada Perdana Menteri Edouard Philippe. “Kami sudah memberitahu pengarah-pengarah sekolah dan datuk bandar untuk membuat keputusan menutup sekolah mengikut pertimbangan sewajarnya. Sebanyak 4,000 sekolah pada ketika ini sudah ditutup,” kata Philippe kelmarin. “Melihat pada episod gelombang haba semasa, semua penduduk perlu beri perhatian, menghormati saranan…









