“Saat kau memilih untuk menulis, kau telah meletakkan sebelah kaki ke neraka, sebelah kaki lagi ke syurga!” Kata-kata ini dilafazkan oleh nenda penulis, Allahyarham Temah Lani ketika mengetahui penulis memilih kerjaya dalam bidang penulisan. Penulis mencari maknanya secara harafiah dengan sisi pandang yang berbeza dalam mentafsirkannya. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Qalam ayat 1 mahfumnya:“Nun! Demi pena (kalam) dan apa yang mereka tulis.” Ulama muktabar mentafsirkan ayat makkiyah ini sebagai…










