Penyatuan ummah penting dominasikan Melayu, Islam - Utusan Malaysia

Penyatuan ummah penting dominasikan Melayu, Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – UMNO sedang mencari satu formula terbaik bagi merealisasikan ta’awun siyasi dengan Pas sebagai agenda penyatuan ummah yang mula dimeterai antara kedua-dua belah pihak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penyatuan itu membentuk satu jalinan kerjasama paling penting dan utuh iaitu meletakkan bangsa Melayu dan agama Islam mendominasi pemerintahan di negara ini kelak.

Beliau menjelaskan, kerjasama serta penyatuan ummah itu memperlihatkan suatu resolusi bagi mrmbentuk kekuatan gandingan mantap antara UMNO dan Pas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita lihat resolusi Pas dan UMNO untuk kita tengok bagaimana nak kita bentuk kekuatan dalam penyatuan ini.

“Apa yang paling penting Melayu dan agama Islam yang akan dominasi dalam kerajaan di negara ini, bukan kita tolak bangsa lain tapi kita hanya dominasikan bangsa Melayu dan Islam,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun di Mayang Sari Resort di Sura Hujung di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu; Ketua Penerangan UMNO negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku; Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusof serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Azhar Jambul.

Mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, UMNO tetap relevan dan ramai yang masih menerima untuk bersama meneruskan perjuangan parti keramat Melayu itu.

Katanya, apa yang penting adalah pemuafakatan kalangan pemimpin dan seluruh ahli di peringkat akar umbi untuk membolehkan UMNO kembali bangkit.

“Pemuafakatan dalaman parti merupakan perkara lebih penting dan sslepas setahun kita buat pemutihan didapati ramai ahli UMNO masih kekal untuk sama-sama perjuangkan parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini