KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menahan seorang penyanyi wanita kerana disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan di sini, semalam. Wanita berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam selepas pihak Perhilitan menerima maklumat awam dan membuat pemeriksaan mengejut di rumahnya. Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahan wanita itu bagi membantu siasatan kes tersebut. “Wanita itu tidak dapat…










