PORT DICKSON – Kesedaran orang awam berhubung keselamatan kediaman mereka semasa musim perayaan, semakin meningkat melalui penghantaran borang maklumat balik kampung kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed Aidi Sham berkata, sejak sebulan lepas, pihaknya telah memberi atau memaklumkan awal kepada masyarakat yang hendak meninggalkan rumah semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. “Kebanyakan penduduk sudah menghantar borang balik kampung atau maklumat kepada pihak polis…









