SEREMBAN – Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 266.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) dekat sini pagi tadi. Mangsa, Mohd. Yassir Arafat M. Nazari meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 7 pagi. Penyelia Operasi Ops Statik Raya Tol Ainsdale dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pegawai Bomba Kanan II, Munawir Yusof berkata, sebuah jentera bomba bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima…










