Pemandu lori tahan sakit 15 minit sebelum diselamatkan bomba - Utusan Malaysia

Pemandu lori tahan sakit 15 minit sebelum diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Seorang pemandu lori simen terpaksa menahan kesakitan hampir 15 minit sebelum diselamatkan anggota bomba selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbalik di Jalan Kampung Sri Cheding, Jenjarom, di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa berusia 33 tahun yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu cedera di tangan dan peha.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan  berlaku ketika lori itu menuju ke Sri Cheding dari Rimbayu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu lori kemudiannya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan. 

“Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Azizan menjelaskan, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini