Pelantikan Latheefa beri kekuatan kepada agenda anti rasuah - Utusan Malaysia

Pelantikan Latheefa beri kekuatan kepada agenda anti rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu memberi kekuatan baharu kepada agenda anti rasuah di negara ini.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd. Nazree Mohd. Yunus berkata, generasi muda sedia bekerjasama dengan SPRM bagi menjayakan pelan jangka pendek dan panjang berkaitan pendidikan anti rasuah serta integriti yang menjadi hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Ujar beliau, pihaknya percaya pelantikan Latheefa akan memberikan satu kekuatan baharu kepada agenda anti rasuah ke arah membentuk Malaysia baharu yang bebas rasuah dan mengukuhkan sistem `good governance sert’ budaya integriti yang holistik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kepemimpinan muda Keadilan mengucapkan tahniah kepada Latheefa serta mendukung pelantikan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

“Pelantikan beliau memberikan pengiktirafan kepada kepemimpinan wanita dan generasi muda untuk mendepani agenda anti rasuah di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejajar dengan pelantikan itu, katanya, anak muda mesti mendepani agenda integriti dan good governance secara positif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini