TEMERLOH – Bagi membiayai perbelanjaan pengurusan parti dalam usaha meneruskan khidmat kepada masyarakat, Dewan Undangan Negeri Lanchang bertindak menjual pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang di sini.
Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, pejabat yang dibeli sejak 1999 itu terpaksa dijual bagi membiayai pengurusan Dewan Undangan Negeri dalam meneruskan usaha membantu rakyat.
“Kita telah menjual bangunan ADUN Lanchang dan kini kita menyewa bangunan di sini dalam usaha memastikan kita mempunyai kewangan untuk terus membiayai pengurusan parti.
“Masyarakat setempat boleh datang ke sini sekiranya mempunyai masalah dan kita akan cuba sedaya upaya membantu,”katanya pada majlis perasmian Pejabat UMNO Dewan Undangan Negeri Lanchang di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin. – UTUSAN ONLINE











