Pantun raya Chong Wei curi tumpuan - Utusan Malaysia

Pantun raya Chong Wei curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mencuri tumpuan peminat apabila memberi ucapan Hari Raya Aidilfitri dalam bentuk pantun.

“Chong Wei dah cuba sedaya upaya,

Emas olimpik tidak terdaya,

Memuatkan artikel berkaitan…

Kepada semua Selamat Hari Raya,

Mohon maaf atas segalanya,” tulis Chong Wei.

Menurut Chong Wei, dia bersama isteri, Wong Mew Choo dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan seperjuangan, jurulatih, rakan-rakan dan peminat sukan yang meraikannya.

“Juga, saya ingin memohon maaf kalau sepanjang kerjaya badminton saya, ada antara anda yang saya menghampakan.

“Ramai kawan I suka guna pepatah ‘Kosong-kosong’. Biarlah saya mohon ‘Luv-all’ dengan semua ibarat starting permainan badminton kita.

“Selepas mengharungi keseksaan kanser, saya menasihatkan semua agar menghayati setiap detik perayaan ini bersama keluarga tersayang.

“Makanlah seberapa boleh ketupat, lemang, rendang yang disediakan Mak atau Nenek. Ambiklah selfie seberapa boleh. Janji, create memories…dan post di sini.

“Oh ya, jangan lupa bawa kereta elok-elok. Be safe, for you and your family,” tulisnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini