Op Selamat 15- Empat kes pecah rumah di Labuan - Utusan Malaysia

Op Selamat 15- Empat kes pecah rumah di Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Polis Labuan merekodkan sebanyak empat kes pecah rumah sepanjang Op Selamat 15 dilaksanakan bermula 29 Mei hingga 12 Jun lalu.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Labuan, Superitenden Muhammad Farid Ahmad berkata, kesemua kejadian itu berlaku di rumah yang tidak dilaporkan kepada pihak polis oleh penghuni semasa bercuti balik ke kampung.

Katanya, empat rumah yang dipecah masuk itu melibatkan tiga rumah kedai masing-masing di Jalan Dahlia dengan jumlah kerugian sebanyak RM4,800 dan sebuah premis restoran di Jalan Durian Tunjong yang mengalami kerugian RM500.

“Dua lagi kejadian di kedai elektrik di Jalan Pohon Batu dengan jumlah kerugian sebanyak RM1,000 serta sebuah rumah di Kampung Batu Arang dan hampir RM3,000 dilaporkan hilang.

“Selain itu, sebanyak 66 rumah yang sebelum ini telah dimaklumkan oleh penghuni untuk bercuti atau balik kampung tiada sebarang kejadian pecah rumah dilaporkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu pejabat Polis Daerah Labuan di sini hari ini.

Muhammad Farid berkata, kesemua kejadian kes pecah rumah itu dipercayai berlaku ketika penghuninya balik kampung sempena cuti perayaan termasuk Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri selain cuti sekolah selama seminggu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang ingin meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama supaya melaporkan kepada pihak polis bagi memudahkan mereka melakukan rondaan dan pemantauan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×