KUALA LUMPUR – Bintang olahraga negara, Jackie Wong Siew Cheer mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara baling tukul besi. Jackie, 27, melakukan balingan sejauh 67.31 meter (m) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Korea untuk memadam rekod lama 67.01m yang dicatatnya pada Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar dua bulan lalu. Lebih manis, catatan itu turut membolehkan Jackie memenangi pingat perak kejohanan tersebut. Pingat emas dimenangi atlet Korea Selatan, Lee Ywuncul yang membuat balingan sejauh 69.24m manakala tempat ketiga menjadi milik Kittipong Boonmawan dari Thailand (64.70m). – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya