Polis kesan Wong Xee Yuan

Polis kesan Wong Xee Yuan

WONG XEE YUAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun, Wong Xee Yuan didakwa melarikan diri dengan seorang lelaki dalam kejadian di Kepong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya membuka siasatan di bawah Orang Hilang (OH).

“Usaha sedang mengesan mangsa sedang giat dijalankan. Pegawai penyiasat sentiasa berhubung dengan datuk mangsa bagi perkembangan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas berhubung kehilangan mangsa, Noor Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan daripada datuk mangsa pada Rabu lalu.

Jelasnya, datuk mangsa mendakwa menghantar remaja terbabit ke sekolah pada 7 pagi sehingga dia masuk ke dalam pagar sekolah.

“Bagaimanapun ketika lelaki itu mengambilnya ketika selesai sesi persekolahan, remaja itu tidak muncul dan dimaklumkan guru kelas bahawa Xee Yuan tidak hadir ke sekolah pada hari terbabit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN