Neymar akan pulih dalam 4 minggu - Utusan Malaysia

Neymar akan pulih dalam 4 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) percaya bintang pasukan itu, Neymar akan pulih dalam tempoh empat minggu selepas mengalami kecederaan buku lali semasa beraksi bersama Brazil.

Neymar diketepikan daripada aksi Copa America akibat kecederaan yang dialami sewaktu menewaskan Qatar 2-0 dalam aksi persahabatan di Brasilia.

Pemain berusia 27 tahun itu meninggalkan padang dalam keadaan menangis menuju ke bilik persalinan sebelum pihak Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) mengesahkan penggempur PSG itu tidak akan beraksi dalam Copa America yang bermula Jumaat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

PSG mengesahkan bahawa Neymar tidak memerlukan sebarang pembedahan bagi kecederaan itu.

“Dr. Laurent Aumont, serta pihak pengurusan dan tokoh perubatan, Profesor Gerard Saillant, mengesahkan kecederaan yang dialami Neymar dan dia hanya mengalami masalah tisu di bahagian buku lali kanan.

“Dia perlu dipantau dan dijangka kembali selepas empat minggu,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini