KUALA TERENGGANU – Nama rasmi jambatan angkat atau ‘drawbridge’ akan diumumkan ketika ia dibuka secara rasmi kelak, kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata ketika ini kerajaan negeri masih lagi berbincang mengenai nama rasmi jambatan tersebut dan pelbagai aspek sedang dipertimbangkan. “Nama itu kerajaan negeri ada cadangan-cadangan tertentu dan kita sedang perhalusi dan akan buat keputusan kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya…










