Mursyidul Am Pas minta Azmin bersabar - Utusan Malaysia

Mursyidul Am Pas minta Azmin bersabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menasihatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan video seks supaya bersabar menempuh dugaan.

Di sebalik pelbagai kecaman yang dilontarkan PKR terhadap Pas sebelum ini, namun Hashim mengambil pendekatan yang berjiwa besar dengan memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada Timbalan Presiden PKR itu.

Katanya, Pas mengambil pendirian tidak akan campur tangan dalam isu berkenaan dan percaya jika perkara itu fitnah, maka mereka yang terlibat akan menjawab di mahkamah Allah SWT kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Soal ini berkait dengan hukum dengan yang menuduh itu perlu mengemukakan bukti dan yang dituduh (Mohamed Azmin) itu pula perlu bersumpah.

“Kalau Azmin tidak lakukan, saya harap dia dapat bersabar menempuh dugaan ini. Pas juga sebelum ini berhadapan dengan pelbagai fitnah namun kami tempuhi dengan sabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli di kediaman beliau di Kuala Sungai Padang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi dan pemimpin-pemimpin UMNO dan Pas termasuk wakil rakyat dari Pakatan Harapan (PH).

Tambah beliau, pada zaman ini, pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menganiayai orang.

Namun kata beliau, jika umat Islam berpegang kepada dosa dan pahala, mereka tidak akan berani melakukan benda yang tidak baik itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini