KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Malaysia Bhd. (MSM) mungkin mengkaji kedudukannya dan mengambil pendekatan komersial jika prestasi syarikat terus memberi kesan negatif selepas pemberian permit import (AP) gula kepada syarikat pengeluar makanan dan minuman (F&B) di Sarawak.
Pengerusi Kumpulan MSM, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, Pa masa ini kumpulan meneroka aliran pendapatan yang lain dan pasaran eksport dengan mempelbagaikan produk berasaskan gula seperti gula pra campuran, gula cecair serta produk tambah nilai dan produk pemanis yang sihat.
“Ini untuk memenuhi permintaan terutamanya dalam kalangan pelanggan yang kini semakin mengambil berat soal kesihatan serta segmen runcit dan industri,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan MSM di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











