Motosikal dilarikan ‘pembeli’ - Utusan Malaysia

Motosikal dilarikan ‘pembeli’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej awam berputih mata selepas motosikal miliknya dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai pembeli dalam kejadian di Plaza Tol Sungai Buloh berhampiran Hospital Sungai Buloh dekat sini semalam.

Terdahulu, mangsa berusia 19 tahun itu memuat naik status di Facebook memaklumkan niatnya untuk menjual motosikal jenis Yamaha 125ZR dengan harga RM7,500 pada Sabtu lalu.

Mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 3.49 petang semalam yang menyatakan minat untuk membeli motosikal tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek dan mangsa mengaturkan pertemuan pada pukul 9.40 malam di Plaza Tol Sungai Buloh dekat sini, hari kejadian.

Suspek dikatakan datang bersendirian menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi serta memberitahu mahu membuat pandu uji motosikal berkenaan sebelum membuat keputusan sama ada mahu membeli motosikal itu atau tidak.

Lelaki terbabit juga memberitahu dia meninggalkan kunci keretanya di dalam kereta untuk meyakinkan mangsa untuk membenarkannya membuat pandu uji motosikal.

Awalnya, lelaki itu dilihat menunggang motosikal berkenaan di kawasan berhampiran namun terus menghilangkan diri ke kawasan Sungai Buloh dan tidak munculkan diri selepas 30 minit.

Susulan itu, mangsa membawa kereta yang ditinggalkan lelaki itu ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar mengesahkan kejadian itu berkata, usaha memburu suspek kini giat dijalankan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini