KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej awam berputih mata selepas motosikal miliknya dilarikan seorang lelaki yang menyamar sebagai pembeli dalam kejadian di Plaza Tol Sungai Buloh berhampiran Hospital Sungai Buloh dekat sini semalam. Terdahulu, mangsa berusia 19 tahun itu memuat naik status di Facebook memaklumkan niatnya untuk menjual motosikal jenis Yamaha 125ZR dengan harga RM7,500 pada Sabtu lalu. Mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 3.49 petang semalam yang menyatakan minat untuk membeli motosikal tersebut. Suspek dan mangsa mengaturkan pertemuan pada pukul 9.40 malam di Plaza Tol Sungai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya