Pukul 5 petang, seorang gadis berusia 25 tahun sedang mengelamun di meja kerjanya. Emosinya pada hari itu tidak baik. Jiwanya bercelaru. Fikirannya amat terganggu dengan apa yang berlaku pada diri dan juga keluarganya. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dek terlalu tertekan, dengan tidak semena-mena nafas anak gadis itu turun naik dengan cepat. Dia mencapai pisau kecil di meja lalu mencederakan lengannya. Darah mengalir laju, membasahi tangan dan pakaiannya, serta lantai…










