MIPC terima 12 cawangan peserta industri teknologi - Utusan Malaysia

MIPC terima 12 cawangan peserta industri teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Dasar Inovasi Malaysia (MIPC) menerima 12 cadangan daripada peserta industri sejak penubuhannya dua bulan lepas.

Naib Presiden Pembangunan Ekosistem Pertumbuhan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC), Norhizam Kadir berkata, cadangan itu termasuk penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi industri.

Beliau berkata, majlis itu akan bersidang pada Isnin dengan dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan bertemu dengan peserta industri terpilih yang dapat memberikan panduan kepada kami mengenai bagaimana untuk memajukan industri ini.

“Mesyuarat ini akan melibatkan profesional industri dan cadangan berkenaan menjadi keutamaan kemudiannya ia akan dibentangkan dalam mesyuarat seterusnya yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Minggu MyFintech 2019 yang dianjurkan sempena Minggu Teknologi Malaysia 2019 di sini hari ini.

Norhizam berkata, peserta industri perlu diwakili oleh persatuan yang akan dapat mengetengahkan masalah dihadapi mereka, termasuk isu pengawalseliaan dan berkaitan undang-undang.

MIPC merupakan platform untuk peserta industri mencadangkan inisiatif teknologi digital dan menangani cabaran dasar dan pengawalseliaan yang menghalang perkembangan inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

Terdahulu, Surina berkata, MIPC akan menghimpunkan peserta industri dan pihak berkuasa berkaitan untuk membincangkan cabaran yang dialami peserta industri.

“Semua ini mengenai peserta tempatan. MIPC tidak melayani syarikat secara berasingan kecuali dengan persatuan yang mana kita semua bersama-sama menyelesaikan cabaran ini,” katanya.

Selain agensi kerajaan seperti Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, Cradle Fund dan Pusat Futurise, majlis ini juga melibatkan pakar industri, syarikat pemula niaga inovasi dan penyedia pendanaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini