KEMAMAN – Kesempitan hidup seramai 30 keluarga berpendapatan rendah di sekitar Lembah Jabor di sini mendapat perhatian MIC Cawangan Perasing Jaya yang tampil menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada mereka, semalam. Pengerusi MIC Cawangan Perasing Jaya, SR Siva Kumar berkata, Program Jalinan Kasih yang digerakkan Biro Kebajikan dan Hal Ehwal MIC itu diharap dapat meringankan beban golongan sasar terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.…










