MFA sasar sumbang KDNK RM35 bilion menjelang 2020 - Utusan Malaysia

MFA sasar sumbang KDNK RM35 bilion menjelang 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan sumbangan industri francais kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM35 bilion menjelang tahun hadapan berbanding RM32 bilion pada tahun lepas.

Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Radzali Hassan.

Pengerusinya, Datuk Radzali Hassan berkata, sasaran KDNK tersebut dijangka berjaya dicapai menerusi peningkatan pelbagai produk eksport ke pasaran luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita (MFA) mempunyai lebih kurang 66 produk yang telah dibawa keluar negara setakat hari ini.

“Kalau melihat kepada jumlah anggota MFA itu sendiri tidaklah begitu ramai tetapi dari segi pencapaian perkembangan perniagaan mereka adalah sangat memberangsangkan di mana kita mempunyai kira-kira 4,200 kedai di luar negara.

“Oleh itu, MFA ingin menggalakkan lebih banyak francais tempatan menyertai persatuan ini bagi menggalakkan persaingan yang sihat dalam usaha meningkatkan tahap kemajuan perniagaan dan sektor francais yang lebih berkualiti,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Malam Anugerah Francais Malaysia di sini hari ini.

Malam Anugerah Francais itu akan berlangsung pada 4 Oktober depan bagi memberi pengiktirafan kepada para usahawan francais yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta memberi sumbangan kepada pertumbuhan industri francais negara. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini