DUNGUN – Mesyuarat perwakilan sayap-sayap UMNO Bahagian Dungun hari ini berjalan lancar yang berlangsung di Mayang Sari Resort di Sura Hujung di sini.
Bermula dengan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO bahagian itu yang dirasmikan oleh Setiausaha Puteri UMNO Terengganu, Nia Notieya Zaharuddin.
Disusuli mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu yang majlis perasmiannya disempurnakan oleh EXCO Pemuda UMNO Pusat, Ahmad Badrul Hisham Mokhtar.
Mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Dungun pula dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Rahimah Mahamad.
Manakala mesyuarat perwakilan UMNO bahagian berkenaan sedang berlangsung sekarang yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Yang hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu; Ketua Penerangan UMNO negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku; Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusof serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Azhar Jambul. – UTUSAN ONLINE











