Menteri Kesihatan sahkan dua kes baharu pelajar sesak nafas di Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Menteri Kesihatan sahkan dua kes baharu pelajar sesak nafas di Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad mengesahkan, dua kes baharu pelajar sesak nafas  telah dirujuk oleh pihak Klinik Kesihatan Pasir Gudang pada tengah hari semalam ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Beliau berkata, kedua-dua mereka merupakan pelajar lelaki Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, menjadikan jumlah mangsa daripada sekolah tersebut seramai 18 orang.

“Kedua-dua pelajar lelaki itu kini sedang dirawat di Wad Kanak-Kanak di HSI dan berada dalam keadaan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

” Enam kes terdahulu yang dimasukkan ke Wad Kanak-Kanak HSI telah pun discaj semalam.

“Dengan pertambahan dua kes baharu itu, jumlah keseluruhan mangsa yang telah mendapatkan rawatan adalah seramai 31 orang iaitu 21 perempuan dan 10 lelaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Dr. Dzulkefly, sampel-sampel klinikal dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk ujian makmal toksikologi.

” Jabatan Kesihatan Negeri Johor terus melakukan pemantauan di lapangan, ” katanya.

Beliau sehubungan itu menasihatkan orang ramai agar mendapatkan rawatan segera  di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala sesak nafas, loya, muntah, pening, sakit kepala, kekejangan otot dan lemah badan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini