Menteri British diserang, mengasari pemprotes - Utusan Malaysia

Menteri British diserang, mengasari pemprotes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Greenpeace mendakwa Menteri Pejabat Luar Negara, Mark Field mengasari seorang pemprotes perubahan iklim daripada makan malam di sini, semalam.

Field bersemuka dengan aktivis wanita tersebut malah menolaknya ke arah tiang sebelum mencekik leher sambil mengiringnya ke luar dari tempat berkenaan.

Aktivis Greenpeace, Areeba Hamid berkata, dia ‘terkejut melihat rakaman video seorang ahli Parlimen yang juga menteri mengasari pemprotes aman mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Field memberitahu ITV bahawa dia ‘sangat’ menyesal dengan tindakan tersebut dan mendakwa beliau dalam keadaan bingung melihat banyak tetamu terasa terancam ketika pemprotes cuba melepasinya di meja depan.

“Tiada pihak keselamatan hadir dan saya dalam tempoh tidak sampai sesaat jelas bimbang jika dia membawa senjata,” ujarnya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini