MUKTAMAR PAS ke-65 yang berakhir Ahad lalu banyak memberi fokus kepada kerjasama Pas dengan UMNO, selain menetapkan hala tuju parti untuk menghadapi perubahan politik negara dan pilihan raya umum ke-15. Seperti yang dijangka, usul kerjasama Pas dan UMNO telah berjaya dimuktamad dan diluluskan dalam muktamar Pas baru-baru ini. Kehadiran beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan menjelaskan betapa seriusnya kerjasama antara…










