MENDAKI bukit atau gunung kini sudah menjadi aktiviti riadah yang digemari khususnya dalam kalangan golongan muda. Ada yang sanggup terbang hingga ke luar negara semata-mata untuk mencari kepuasan mendaki bukit atau gunung yang belum pernah dijejaki. Namun, bagi mereka yang berminat dalam dunia pendakian tetapi tidak mahu terlalu jauh keluar dari ibu kota, ada beberapa gunung yang seronok didaki dan lokasinya agak dekat dengan Kuala Lumpur. Antaranya Gunung Gap dan…










