KUALA LUMPUR – Pertandingan mencipta Logo Petaling Jaya Bandar Pembelajaran Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM3,000.
Dua pemenang saguhati akan turut memenangi wang tunai bernilai RM1,000.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, pertandingan itu diadakan bersempena pengiktirafan Petaling Jaya sebagai salah satu daripada 10 bandar raya yang berjaya menerima anugerah UNESCO Learning City Award 2019.
“Sehubungan itu, MBPJ mempelawa individu yang kreatif untuk merebut peluang ini dengan mengisi borang pertandingan secara imbasan Kod QR (Quick Response Code) yang terdapat di poster iklan.
“Penyertaan dibuka bermula Khamis lalu sehingga pukul 12 tengah hari, 22 Julai ini,” katanya.
Semua penyertaan perlu dihantar ke emel [email protected] dengan disertakan maklumat lengkap antaranya nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. – UTUSAN ONLINE











