MED mahu sepadukan PKS tempatan - Utusan Malaysia

MED mahu sepadukan PKS tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Paris Airshow 2019 memberi peluang untuk menyepadukan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia (PKS) ke dalam rantaian bekalan aeroangkasa global.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof yang berada di ibu negara Perancis untuk acara itu, berpeluang melibatkan diri dengan Persatuan Syarikat-syarikat Aeroangkasa Jepun (SJAC) dan Persekutuan Industri Aeroangkasa Mexico (FEMIA).

Cadangan itu merupakan antara isi perbincangan beliau bersama syarikat penerbangan aeroangkasa Perancis, Thales Group bagi menjalin sinergi dengan PKS Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) dalam kenyataannya berkata, perbincangan dengan Thales antara lain mengenai bagaimana PKS tempatan dalam rantaian bekalan dapat memanfaatkan perkembangan terkini dalam Industri 4.0 khususnya melalui program keseimbangan.

“Penglibatan ini penting bagi MED dan SME Corporation Malaysia untuk merancang dan melaksanakan pendekatan menyeluruh bagi membangun, membantu dan menyokong PKS tempatan dalam industri aeroangkasa,” katanya di sini hari ini.

Perbincangan dengan SJAC dan FEMIA memberi tumpuan kepada usaha sama berpotensi dari segi teknologi dan digitalisasi, pembangunan rantaian bekalan peringkat PKS serta tenaga kerja berkemahiran tinggi, penggunaan platform digital yang seragam untuk PKS Malaysia serta menaik taraf keupayaan PKS dalam keselamatan siber bagi platform pertukaran data selamat. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini