MDKL hidang durian Musang King, IOI, D24 buat pengunjung - Utusan Malaysia

MDKL hidang durian Musang King, IOI, D24 buat pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengunjung yang menghadiri majlis Jamuan Aidilfitri Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2019 semalam dihidangkan dengan tiga jenis durian antaranya Musang King, IOI dan D24.

Jamuan yang diadakan di kediaman rasmi Yang Dipertua MDKL, Mohamad Zain A. Hamid dekat sini dihadiri lebih 500 tetamu seawal pukul 3 petang.

Mohamad Zain berkata, kira-kira 2,000 kilogram (kg) durian dihidangkan buat tetamu selain pelbagai menu termasuk kambing bakar dan sate.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Durian yang disediakan kali ini kebanyakannya dibeli daripada pengusaha di sekitar Kuala Langat.

“Kami harap jamuan Aidilfitri kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini