Mbappe buru Liga Juara-Juara, bukan Ballon d’Or - Utusan Malaysia

Mbappe buru Liga Juara-Juara, bukan Ballon d’Or

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Kylian Mbappe diletakkan sebagai calon masa depan Ballon d’Or, namun penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu mengakui dia lebih gemarkan gelaran Liga Juara-Juara berbanding anugerah individu itu.

Pada usia 20 tahun, pemain kebangsaan Perancis itu telah menikmati pencapaian menakjubkan dalam kariernya.

Dia telah memenangi Piala Dunia 2018 dan tiga gelaran Ligue 1, di samping 87 gol hanya selepas tiga musim penuh sebagai bintang pemain bola sepak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Begitupun, Mbappe masih mengidamkan untuk meraih gelaran besar.

“Apa yang penting adalah memenangi Liga Juara-Juara kerana anda boleh menang Ballon d’Or tetapi anda tidak berada dalam sejarah.

“Anda bermain di samping 10 lagi pemain, anda tidak bermain keseorangan. Jika saya pemain tenis, saya akan katakan ya kepada Ballon d’Or kerana saya bermain seorang.

“Bola sepak adalah sukan yang perlu bermain dalam sebuah pasukan dan saya fikir jika anda ingin memenangi Ballon d’Or, anda perlu memenangi Liga Juara-Juara.

“Anda tidak boleh memenangi Ballon d’Or tanpa Liga Juara-Juara sekarang, ia penting untuk dunia menyaksikannya. Saya ingin memenangi Liga Juara-Juara terlebih dahulu.

“Jika saya memenangi Ballon d’Or OK, tetapi objektif saya adalah ingin memenangi Liga Juara-Juara terlebih dahulu,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini