KUALA LUMPUR – Ekoran kekesalannya terhadap kelewatan pesawat Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) untuk berlepas ke London sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan tertinggi syarikat penerbangan negara itu. Menurut akaun Twitter rasmi Mohamad, pertemuan diadakan di pejabat Kementerian Pertahanan di sini yang disertai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail. Meskipun kenyataan menteri itu beberapa hari lalu terhadap Malaysia Airlines dilihat sebagai satu…










