LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan akan meningkatkan pemeriksaan keselamatan antaranya melibatkan bot dan feri semasa cuti panjang Hari Raya Aidilfitri bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini serta penyeludupan. Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Labuan, Kapten Maritim, Che Adnan Md Isa berkata, pemeriksaan mengejut dilakukan bagi menentukan operator bot penumpang serta feri mematuhi sepenuhnya prosedur keselamatan. “Kita tidak mahu ada laporan tentang bot dan feri terlebih muatan…










