Mansuh hukuman mati dadah tidak dapat dilaksanakan - Utusan Malaysia

Mansuh hukuman mati dadah tidak dapat dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membentangkan rang undang-undang pemansuhan hukuman mati bagi sabitan mengedar dadah tidak dapat dilaksanakan lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kelewatan itu susulan terdapat kes berkaitan kesalahan itu sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Kata beliau, buat masa ini Mahkamah Persekutuan masih menunggu untuk membuat keputusan berhubung kes tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat kes telah difailkan di mahkamah dan Mahkamah Persekutuan menunggu untuk membuat keputusan.

“Saya difahamkan Mahkamah Persekutuan telah mendengar hujah pemohon yang telah menfailkan kes itu tapi saya tidak tahu bila keputusan itu akan dibuat,” katanya kepada pemberita di Rumah Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), di sini hari ini.

Terdahulu, beliau berucap dalam Program Bicara Mengenai Dadah, Masa Untuk Melakukan Perubahan anjuran Centre of Excellence for Research in Aids (Ceria).

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini