Lorenzo terlepas dua perlumbaan - Utusan Malaysia

Lorenzo terlepas dua perlumbaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASSEN – Kecederaan belakang yang dialami pelumba Repsol Honda, Jorge Lorenzo selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen kelmarin menyebabkan dia terlepas perlumbaan hari ini serta GP Jerman minggu depan.

Ketika juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tiga kali itu semakin menemui rentak bersama pasukan baharunya, dia terlibat dalam dua insiden termasuk gagal menamatkan perlumbaan GP Barcelona di Litar Catalunya dua minggu lalu.

Lorenzo mengalami kece­deraan retak tulang belakang selepas dia terjatuh pada kelajuan 160 kilometer sejam (km/j) pada selekoh ketujuh sehingga memaksanya dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan dan ujian imbasan terhadap kecederaan dialami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas terjatuh pada selekoh ketujuh ketika melakukan latihan bebas, saya mengalami kecederaan retak tulang pada bahagian belakang. Kecede­raan itu memaksa saya lupakan perlumbaan di Assen dan Sachsenring (GP Jerman).

“Selepas ini saya akan berangkat ke Lugano bagi menjalani rawatan lanjut dan kemudiannya berehat. Selepas itu, saya harap kecederaan tersebut akan pulih dan boleh beraksi di Brno nanti,” kata Lorenzo.

Pelumba berusia 32 tahun itu dilihat memulakan sesi latihan bebas di Assen dengan penuh yakin memandangkan dia mahu melakukan ujian terhadap fairing baharu serta kerangka jentera jenis karbon fiber.

Sementara itu, rakan sepasukan Lorenzo yang juga juara dunia, Marc Marquez bersimpati dengan insiden yang menimpa rakannya itu selain berharap bekas pelumba Yamaha tersebut segera pulih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini