SELEPAS merangkul gelaran di Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand awal bulan lalu, pemain beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying terus memasang impian untuk meraih lebih banyak kejuaraan pada kejohanan akan datang. Sasaran seterusnya buat pemain berusia 30 tahun itu sudah pasti pada Terbuka Australia yang akan bermula esok hingga Ahad depan kerana kejohanan tersebut turut menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun tahun depan. Liu Ying…










