KHARTOUM – Sekurang-kurangnya lima pemprotes ditembak mati selepas pemerintah tentera Sudan cuba menyuraikan orang ramai dalam mogok duduk di luar pejabat tentera,di sini hari ini.
Menurut Jawatankuasa Sentral Doktor-Doktor Sudan, seramai tiga orang lagi maut disebabkan ‘peluru majlis tentera’.
“Ianya menjadikan keseluruhan kematian seramai lima orang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kejadian ini merupakan ‘pembunuhan beramai-ramai’,” katanya dalam kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook.
Tambahnya, sejumlah orang juga mengalami kecederaan kritikal dalam kejadian itu. – AFP











