MELAKA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan apabila sah menjulang kejuaraan Liga Super musim ini selepas menewaskan Melaka United 2-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi. Pada aksi tersebut, Nazmi Faiz Mansor dan bintang import sensasi Harimau Selatan, Diogo Luis Santo masing-masing meledak gol pada babak pertama sebelum kapten Melaka United, Shukor Adan menjaringkan gol sagu hati buat pasukan tuan rumah pada penghujung…










