MOSCOW 28 Jun – Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan ideologi liberalisme di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) sudah semakin ‘menyimpang daripada tujuan asal’. Mail Online melaporkan, Putin mengkritik pandangan Barat mengenai hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pendatang asing dan budaya majmuk yang didakwa ‘menyerang nilai-nilai tradisi kekeluargaan’. Putin berkata demikian dalam satu wawancara bersama majalah Financial Times dan beliau turut mendakwa Canselor Jerman, Angela Merkel melakukan ‘kesalahan…










