Lesap RM18,983 dalam enam hari - Utusan Malaysia

Lesap RM18,983 dalam enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang pelajar sebuah universiti awam berputih mata apabila kerugian sebanyak RM18,983 selepas di­perdaya sindiket pe­laburan tidak wujud di Kepala Batas di sini kelmarin.

Lebih malang lagi, mangsa yang berusia 20 tahun menggunakan wang simpanan Kumpulan Wang Sim­panan Pekerja (KWSP) arwah bapa­nya.

Mangsa yang ber­asal dari Bukit Mertajam berbuat demikian kerana tertarik de­ngan tawaran untung berganda dalam masa singkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, bapa mangsa meninggal dunia pada tahun lalu dan mangsa mendapat sebahagian daripada wang simpanan KWSP tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisio­ner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa me­nerima iklan me­ngenai pe­laburan itu menerusi aplikasi WhatsApp pada pada 4 Jun lalu.

“Mangsa kemudian menghubungi nombor telefon yang diberikan dan bercakap dengan seorang lelaki yang memper­kenalkan dirinya sebagai ejen sebuah syarikat pela­buran.

“Mangsa berasa tertarik de­ngan pe­laburan itu selepas dijan­jikan dengan pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh seminggu sahaja,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, mangsa yang gelap mata dengan tawaran itu pada mulanya bersetuju untuk membuat pelaburan RM500.

“Ejen itu terus mempenga­ruhi supaya menambah nilai pelaburan sehingga RM18,983 dan menjanjikan pulangan sebanyak RM25,000 dalam masa seminggu bersama modal pelaburan,” katanya.

Jelasnya, mangsa membuat lima transaksi pemindahan wang menerusi deposit tunai di beberapa buah bank di Butterworth dan Mak Mandin di sini dalam masa enam hari sejak 6 Jun.

Ejen itu mendesak mangsa menambah nilai pelaburan namun mangsa tidak bersetuju.Mangsa mula berasa ditipu apabila ejen itu memberi pelbagai alasan ketika ditanya berhubung pulangan pelaburan.




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini