KUALA LUMPUR – Seorang lelaki nyaris maut selepas dipercayai diserang buaya dalam kejadian di sebuah tasik berhampiran Kampung Kuala Tutoh, Marudi, Sarawak, awal pagi tadi. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Christopher Jau Luhan, 31, dikatakan sedang menjala ikan dari atas perahunya di tasik tersebut sebelum dilibas seekor buaya yang tiba-tiba muncul di permukaan air. “Buaya tersebut kemudian cuba membaham mangsa…










