TAPAH – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan di Kilometer 2, Jalan Bidor-Teluk Intan berhampiran Taman Megah di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 10 malam itu, mangsa, S. Satiswaran, 28, mengalami kecederaan parah sebelum dia dibawa ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin…